nuffnang ads

Thursday, February 26, 2009

tanda-tanda kematian

"TANDA 100 HARI SEBELUM MATI"

"Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"TANDA 7 HARI"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"TANDA AKHIR"

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula."

Sunday, February 22, 2009

kematian

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup akan menemui mati. Mati merupakan berakhirnya seseorang itu. Maksud berakhir di sini ialah yang sakit berakhir sakitnya, yang sihat berakhir sihatnya, yang miskin berakhir miskinnya yang susah berakhir susahnya, yang kaya berakhir kayanya, yang berpangkat berakhir pangkatnya, yang bangsawan berakhir kebangsawanannya, yang hamba berakhir kehambaannya dan seterusnya.

Setelah mati ditinggalkan segala-galanya. Harta banyak, isteri cantik (dan banyak, kalaulah ada ramai) yang dibwa bersama adalah amalannya. Amalan baik dan amalan buruk dibawa bersama untuk menemui Tuhannya. Tidak ada sesuatu pun amalannya ditinggalkan baik kecil dan besar, semua dibawa untuk menerima balasan atau hadiah. Maksudnya balasan bagi amalan yang dilakukan tetapi dilarang oleh Allah, dan hadiah adalah ganjaran amalan yang dilakukan kerana menurut perentah Allah, baik dari segi perhambaan kepada Allah dan lebaikan terhadap sesama makhlok Allah.

Sungguh pun kita sendiri tidak tahun apakah amalan kita itu merupakan kepatuhan kepada Allah atau tidak, Allah telah perjelaskan melalui Kitab Nya Al Quran Al Karim dan ditunjuk contohi oleh Rasul Nya.

Maka renungilah dan hisablah diri sendiri wahai insan yang budiman sebelom ajal menjemput kita. Sekarang bagi yang hidup maseh ada peluang untk membaiki diri dan amalan kita.


Antara tanda seseorg itu mati dlm HUSNUL KHATIMAH (mati yg baik) adalah bilamana jenazahnya disolatkan oleh “RAMAI” orang-orang yg TAAT/TAQWA pada Allah. Lagi ramai org yg menyolatkannya,lagi ramai yg mendoakan kebaikan keatasnya, nescaya akan dimakbulkan Allah.



Dalil, Allah akan melembutkan hati2 hambaNya agar pergi menziarahi/solatkan jenazahnya walaupun mereka berada jauh beribu batu dari rumahnya.



Berbanding mereka yg mati dlm SUUL KHATIMAH (mati yg buruk) apabila sedikit yg menyolatkannya dan kalau ramai pun yg hadir hanya menziarahnya tanpa mendoakan kebaikan keatasnya, kerana yg ramai itu dikalangan yg INGKAR/ DURHAKA kepada Allah.



Dalil, Allah akan menutup hati2 hambaNya dari pergi menziarahi/solatkan jenazahnya walaupun mereka berada sebelah rumahnya.





Moga Allah memilih kita untuk mati dlm HUSNUL KHATIMAH.
amin

*p/s : tanggungjawab saya sebagai seorang islam

Saturday, February 21, 2009

Tanda-tanda Kiamat semakin hampir

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari

Hakikatnya : dah jadi dah


Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim

Hakikat : dah nampak dah...


Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita"
- Ibnu Majah

Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²


Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid".
- Riwayat Nasai.

Hakikat : memang dah nampak dah


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu



Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad

Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama yg tinggal


Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani

Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad

Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis)


Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani

Hakikat : tak caya gi tengok


Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"
- Sahih Muslim

Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie


Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad

Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian


Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²"
- Sahih Muslim

Hakikat : -Dubai dah turun salji
-Mina dah kene banjir


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:


"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat"

MAKA DENGAN ITU, TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

*P/s : tanggungjawab saya sebagai orang islam

Tuesday, February 17, 2009

Teman Sejati - Brothers

Selama ini

Kumencari-cari

Teman yang sejati

Buat menemani

Perjuangan suci


Bersyukur kini

PadaMu Illahi

Teman yang dicari

Selama ini

Telah kutemui

Dengannya di sisi

Perjuangan ini

Senang diharungi

Bertambah murni

Kasih Illahi


KepadaMu Allah

Kupanjatkan doa

Agar berkekalan

Kasih sayang kita


Kepadamu teman

Ku pohon sokongan

Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan

Segala-galanya...


KepadaMu Allah

Kupohon restu

Agar kita kekal bersatu


Kepadamu teman

Teruskan perjuangan

Pengorbanan dan kesetiaan


Telah kuungkapkan

Segala-galanya

Itulah tandanya

Kejujuran kita


P/s : to my buddies u may guess who i mean.. :p