nuffnang ads

Sunday, February 22, 2009

kematian

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup akan menemui mati. Mati merupakan berakhirnya seseorang itu. Maksud berakhir di sini ialah yang sakit berakhir sakitnya, yang sihat berakhir sihatnya, yang miskin berakhir miskinnya yang susah berakhir susahnya, yang kaya berakhir kayanya, yang berpangkat berakhir pangkatnya, yang bangsawan berakhir kebangsawanannya, yang hamba berakhir kehambaannya dan seterusnya.

Setelah mati ditinggalkan segala-galanya. Harta banyak, isteri cantik (dan banyak, kalaulah ada ramai) yang dibwa bersama adalah amalannya. Amalan baik dan amalan buruk dibawa bersama untuk menemui Tuhannya. Tidak ada sesuatu pun amalannya ditinggalkan baik kecil dan besar, semua dibawa untuk menerima balasan atau hadiah. Maksudnya balasan bagi amalan yang dilakukan tetapi dilarang oleh Allah, dan hadiah adalah ganjaran amalan yang dilakukan kerana menurut perentah Allah, baik dari segi perhambaan kepada Allah dan lebaikan terhadap sesama makhlok Allah.

Sungguh pun kita sendiri tidak tahun apakah amalan kita itu merupakan kepatuhan kepada Allah atau tidak, Allah telah perjelaskan melalui Kitab Nya Al Quran Al Karim dan ditunjuk contohi oleh Rasul Nya.

Maka renungilah dan hisablah diri sendiri wahai insan yang budiman sebelom ajal menjemput kita. Sekarang bagi yang hidup maseh ada peluang untk membaiki diri dan amalan kita.


Antara tanda seseorg itu mati dlm HUSNUL KHATIMAH (mati yg baik) adalah bilamana jenazahnya disolatkan oleh “RAMAI” orang-orang yg TAAT/TAQWA pada Allah. Lagi ramai org yg menyolatkannya,lagi ramai yg mendoakan kebaikan keatasnya, nescaya akan dimakbulkan Allah.



Dalil, Allah akan melembutkan hati2 hambaNya agar pergi menziarahi/solatkan jenazahnya walaupun mereka berada jauh beribu batu dari rumahnya.



Berbanding mereka yg mati dlm SUUL KHATIMAH (mati yg buruk) apabila sedikit yg menyolatkannya dan kalau ramai pun yg hadir hanya menziarahnya tanpa mendoakan kebaikan keatasnya, kerana yg ramai itu dikalangan yg INGKAR/ DURHAKA kepada Allah.



Dalil, Allah akan menutup hati2 hambaNya dari pergi menziarahi/solatkan jenazahnya walaupun mereka berada sebelah rumahnya.





Moga Allah memilih kita untuk mati dlm HUSNUL KHATIMAH.
amin

*p/s : tanggungjawab saya sebagai seorang islam

No comments: