Dikala hati terasa gembira
Sedih mengintai hati
Sepi menusuk diri
Hati jadi mati
Kenang nasib berpuaka ini
Azan subuh loceng penanda
Tanda hidup akan bermula
Tapi biasa muda remaja
Hidup sudah pun berakhir
Alam mimpi disiang hari
Malam jua yang dinanti
Begitu indah hidup ini
Hidup kita jauh berbeza
Dunia kita tak serupa
Perbezaan zaman jauh ketara
Tapi aku tidak pernah lupa
Agama dan adat tetapku jaga
Pantang larang kita juga tidak lupa
Beri aku sedikit masa
Bukan niat hendak menderhaka
Neraka jahanam tempat durjana
Tapi aku perlu kenal dunia
Agar keturunan dapatku jaga
Bangsa dapatku bela
Fahami aku wahai manusia
Aku muda lagi mentah
Ilmu hidup telah kau berikan
Jangan takut hilang tujuan
Mereka hidup tiada pedoman
Izinkan aku tunjuk jalan
Agar mereka berkesempatan
Hinakah mereka ciptaan tuhan?
Muliakah engkau wahai insan?
Jangan selalu menunding jari
Baik buruk kena diri
Biar salah diawal hari
Bila tua ingat sampai mati
Hidup aku masih muda
Aku seperti manusia biasa
Hidup aku ada cita-cita
Hidup aku ada tujuan
Kadang salah adakalanya melawan
Biasalah manusia umur belasan
Dalam hidup perlukan ujian
Itulah cara tentu garis panduan
Andai salah beri teguran
Kita manusia sama sahaja
Siapa engkau hanyalah manusia
Perlukah engkau berdabik dada?
Perlukah engkau membuat muka?
Aku manusia kau pun sama
Bila mati ke tanah juga
Tidak gusar tiada gentar
Mengertilah kau selagi bernyawa
Bukan maksud bukan sindiran
Tapi ingat kena berpesan
Agar dunia sentiasa aman
Tiada masalah datang berdepan
Maafkan aku manusia hina
Berkata dibibir lancang tidak kira
Niat hati bergurau senda
Kadang kala terlepas juga
Andai esok sudah tiada
Ku harap dapat diampuni dosa
Tapi teman janganlah lupa
Jagalah diri jagalah bangsa
Biar mulut mereka berkata
Asalkan mereka berasa bahagia
Dunia ini banyak sengketa
Tanpa sengketa tiada negara
Sedih mengintai hati
Sepi menusuk diri
Hati jadi mati
Kenang nasib berpuaka ini
Azan subuh loceng penanda
Tanda hidup akan bermula
Tapi biasa muda remaja
Hidup sudah pun berakhir
Alam mimpi disiang hari
Malam jua yang dinanti
Begitu indah hidup ini
Hidup kita jauh berbeza
Dunia kita tak serupa
Perbezaan zaman jauh ketara
Tapi aku tidak pernah lupa
Agama dan adat tetapku jaga
Pantang larang kita juga tidak lupa
Beri aku sedikit masa
Bukan niat hendak menderhaka
Neraka jahanam tempat durjana
Tapi aku perlu kenal dunia
Agar keturunan dapatku jaga
Bangsa dapatku bela
Fahami aku wahai manusia
Aku muda lagi mentah
Ilmu hidup telah kau berikan
Jangan takut hilang tujuan
Mereka hidup tiada pedoman
Izinkan aku tunjuk jalan
Agar mereka berkesempatan
Hinakah mereka ciptaan tuhan?
Muliakah engkau wahai insan?
Jangan selalu menunding jari
Baik buruk kena diri
Biar salah diawal hari
Bila tua ingat sampai mati
Hidup aku masih muda
Aku seperti manusia biasa
Hidup aku ada cita-cita
Hidup aku ada tujuan
Kadang salah adakalanya melawan
Biasalah manusia umur belasan
Dalam hidup perlukan ujian
Itulah cara tentu garis panduan
Andai salah beri teguran
Kita manusia sama sahaja
Siapa engkau hanyalah manusia
Perlukah engkau berdabik dada?
Perlukah engkau membuat muka?
Aku manusia kau pun sama
Bila mati ke tanah juga
Tidak gusar tiada gentar
Mengertilah kau selagi bernyawa
Bukan maksud bukan sindiran
Tapi ingat kena berpesan
Agar dunia sentiasa aman
Tiada masalah datang berdepan
Maafkan aku manusia hina
Berkata dibibir lancang tidak kira
Niat hati bergurau senda
Kadang kala terlepas juga
Andai esok sudah tiada
Ku harap dapat diampuni dosa
Tapi teman janganlah lupa
Jagalah diri jagalah bangsa
Biar mulut mereka berkata
Asalkan mereka berasa bahagia
Dunia ini banyak sengketa
Tanpa sengketa tiada negara
No comments:
Post a Comment