nuffnang ads

Tuesday, August 14, 2012

Irma Hasmie sah mengandung 5minggu


Tahniah kepada artis yang saya minat Kak Irma Hasmie kita dan suami Redza Syah Azmeer! Dipetik daripada portal hiburan Murai.com hari ini menyatakan yang Irma Hasmie telah mengesahkan yang dirinya kini mengandung dan usia kandungannya kini masuk minggu ke-5. Sebelum ini yang didengar hanya spekulasi peminat, tapi kali ini ianya disahkan sendiri oleh empunya badan Irma Hasmie.

“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu”

“Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya”

=D

No comments: