nuffnang ads

Sunday, April 12, 2009

Interfaith Commission (IFC)

penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan ATAU Interfaith Commission (IFC).

Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban semua orang Muslim di Malaysia untuk:

1.Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya

2.Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya

3.Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan

4.Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen

5.Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya

6.Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang



Memorandum kepada PM minta perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.

anak-anak langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam.

anak-anak tidak boleh menggunakan nama islam.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam .

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa
Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?



Reference : Millenium Muslim. http://bantahifc.bravehost.com/


Bangun orang islam. Mana PEJUANG ISLAM yang menegakkan kebenaran. Fikirlah dengan otak anda dan hati yang tulus pada ilahi. Fikir kesahihan post ini demi masa depan Agama Islam. Sudah terlalu lama kita leka diarus kemodenan sehingga terlupa kepada agama kita sehingga orang lain berani mencabuli kehormatan agama kita. Kembalilah kepada agama. Janganlah anda leka sehingga agama kita tidak terbela. Jangan terlalu bangga dengan dosa yang telah kita lakukan. Ingatlah kepada Allah S.W.T.


*my responsiblility as a muslim

No comments: