nuffnang ads

Monday, April 13, 2009

Siapakah Dia?

DIA adalah manusia yang aku sayang
Kehadirannya dalam diriku amatlah bermakna
Pengalaman manis dengannya takku lupa
Tidak pernah membuat hati jadi luka

DIA sebagai simbol kegagahanku
Segala senyum dan tawaku adalah kerana dirinya
Segala tangisanku adalah keterlukaan hatinya
Dia telah membuat aku jatuh cinta

DIA pernah membimbingku kepada kebenaran
Pernah menyuluh segala kegelapan
Pernah mengilap segala kecerahan
Mengatur langkah satu demi satu
Demi bertemu yang maha satu

DIA manusia yang memberi seribu satu harapan
Untuk meneruskan segala perjuangan
Pantang mengalah sebelum berlawan
Itulah yang buat hati jadi tertawan

DIA hanyalah manusia biasa
Kadang kalanya bisa terluka
Panahan arjuna yang menusuk dihatinya
Dicabut sakit dibiar merana

Sungguhku terpesona oleh lakunya
Tabah menempuhi lumrah dunia
Insan tercinta tidak pernah dilupa
Adab dan batas tetap dijaga

Sering kali aku bermimpi
Andai DIA ku peristeri
Alangkah indah dunia ini
Ditawan oleh manusia murni

Kepada yang esa aku meminta
Supaya DIA sihat sentiasa
Agar amal dapat dijaga
Aman DIA akhirat dan dunia

Pencinta Dunia

No comments: